Penubuhan Kelab Astronomi UiTM Perlis adalah bertitik tolak dari kejayaan penganjuran pelbagai program astronomi berbentuk seminar, bengkel dan cerapan bintang yang telah dijalankan di Universiti Teknologi MARA kampus Arau, Perlis.
Buat julung kalinya, satu program falak/astronomi anjuran bersama UiTM Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis yang dinamakan sebagai Seminar dan Bengkel Falak Syari’e 2007 telah diadakan di UiTM Perlis. Untuk menghidupkan penghayatan dan keperluan ilmu astronomi secara berterusan, ahli jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UiTM Perlis pada waktu itu berpendapat bahawa program seminar falak/astronomi perlu dijadikan program tahunan/berkala.
Oleh yang demikian, satu program astronomi berbentuk seminar dan cerapan bintang telah dianjurkan pada tahun 2009. Program ini dinamakan sebagai 100 Hours of Astronomy dan telah diadakan selama 3 hari 2 malam bersempena tema sambutan hari Astronomi sedunia ‘International Year of Astronomy’. Kejayaan program ini telah mencetuskan idea kepada penubuhan Kelab Astronomi UiTM Perlis.Buat julung kalinya, satu program falak/astronomi anjuran bersama UiTM Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis yang dinamakan sebagai Seminar dan Bengkel Falak Syari’e 2007 telah diadakan di UiTM Perlis. Untuk menghidupkan penghayatan dan keperluan ilmu astronomi secara berterusan, ahli jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UiTM Perlis pada waktu itu berpendapat bahawa program seminar falak/astronomi perlu dijadikan program tahunan/berkala.
Pada tahun 2010, Program Seminar Falak Syari’e dan Astronomi Islam berkonsepkan ‘Falak Pemangkin Jiwa Rabbani’ telah dianjurkan oleh UiTM Perlis dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar-pelajar sekolah dan IPTA, kakitangan awam dan orang ramai. Pada waktu itu, Kelab Astronomi UiTM Perlis masih di peringkat awal pendaftaran pertubuhan.
Dan akhirnya, pada tanggal 15 Julai 2010, Kelab Astronomi UiTM Perlis dengan rasminya lahir sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar.