Mesyuarat Agung Kelab Astronomi UiTM Perlis kali pertama telah selamat diadakan pada 24hb Mac 2011. Mesyuarat yang julung kalinya diadakan itu telah dihadiri seramai hampir 100 orang peserta dan menerima lebih 50 orang keahlian baru. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi I Kelab iaitu, Prof. Madya Marzukai b. Ibrahim, pembentangan aktiviti oleh Setiausaha Kelab, Pn. Rohayu bt. Harun Narasyid dan pembentangan kewangan oleh Bendahari Kelab, Pn. Mimi Diana bt. Ghazali. Pengacara Majlis yang melancarkan mesyuarat adalah YM Tengku Afrizal b. Tengku Ali.
Sambutan yang menggalakkan itu telah meransang AJK untuk terus berkhidmat kepada komuniti. Dengan itu, AstroUiTM telah merencanakan pelbagai aktiviti bagi tujuan menyebarkan manfaat ilmu falak dan astronomi kepada masyarakat. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan bagi tahun ini adalah Bengkel Falak Syari'e, Cerapan Hilal Ramadhan dan Lawatan ke Balai Cerap. Semoga dengan penganjuran aktiviti sebegini, mampu menarik minat dan menambahkan ketakwaan kita mengagumi kekuasaan Yang Maha Esa......