Pada Sabtu 10/12/12 yang lalu Kelab Astronomi UiTM (Perlis) dengan jayanya menganjurkan aktiviti cerapan gerhana bulan bertempat di Padang Bola Keranjang (Padang Rani) yang disertai oleh Ahli-ahli kelab Astronomi, pelajar uitm dan staf-staf uitm.
Program bermula dengan solat gerhana di Masjid An-nur UiTM (Perlis) diikuti dengan aktiviti cerapan menggunakan alatan Teleskop dan Total Station bermula jam 9:00 malam. Kemuncak gerhana penuh bulan berlaku bermula pada pukul 10.05 – 10.57 malam.
Fasa gerhana ini bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.