Pada 6 Jun 2012, planet Zuhrah telah melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat dari Bumi. Di Malaysia, ia bermula sejak Matahari terbit dan akan berakhir jam 12:50 pm pada hari tersebut. Fasa maksimum berlaku pada jam 9:29 pagi. Kali terakhir fenomena ini ialah pada 8 Jun 2004. Jika terlepas, InsyaAllah Transit Zuhrah selepas ini akan berlaku pada Disember 2117. Untuk tahun ini, ia adalah yang terakhir bagi abad ini dan sudah pastilah ia merupakan momen terakhir bagi kita semua.
Secara umumnya, fenomena transit planet Zuhrah ini merupakan bukti yang sejelas-jelasnya kehebatan alam semesta ciptaan Allah SWT. Ia begitu jelas menunjukkan ketepatan dan kepatuhan mahkluk-makhluk Allah spt Zuhrah, Bumi dan Matahari bergerak di dalam falak (orbit) masing-masing, sehingga membolehkan manusia mengira dengan tepat sehingga ke saat detik dan ketika setiap kontek yang berlaku sepanjang transit ini.

AstroUiTM telah mengambil inisiatif membuka peluang cerapan kepada staf dan pelajar yang berminat untuk melihat sendiri fenomena ini.
Imej menunjukkan Zuhrah (titik hitam) yang melalui hadapan matahari. (Cerapan melalui Total Station)
Terima kasih kepada semua yang terlibat...